awan di langit biru

"kadang putih, kadang kelabu, kadang hitam...sepertimana kehidupan kita di dunia"

kerana kita manusia yang punya hati

assalamualaikum dan salam mesra

lama jugak ku perhatikan sekeliling
melihat ragam dan ekspresi insan2 sekelilingku
dan aku melihat ke dalam diriku sendiri
adakah aku ini cukup mengerti perihal diriku sendiri
ku sedar akalku sering bertelagah dengan hatiku
aku mahu menjadi positif tetapi hatiku sering sakit
aku memaksa diriku
dan aku masih tak mengenal hatiku

kerana kita punya hati
sayang...
rindu...
marah...
benci...
kecewa...
bahagia...
itu ada
kerana kita manusia yang punya hati
wajah mampu berseri
bibir bisa tersenyum
dan...
mata sering menangis
kerana kita punya hati
harapan tinggi, setinggi gunung
lalu rebah menyapu bumi


ya...aku tahu mungkin ada yang tidak mengerti
tetapi di sini, aku ingin berkongsi
perasaan kita manusia memang sukar untuk digambarkan
sehinggakan kita sendiri tidak mampu meluahkan sebaiknya apa yang ada di dalam hati
mungkin ada yang seperti aku...memendam dan meluah hanya pada penulisan
mungkin ada yang seperti aku...
pura-pura kuat umpama tugu
mungkin ada yang seperti aku...
cuba jadi positif...tapi masih jua berharap kemungkinan yang baik...

jadi..jika ada yang seperti aku itu...
sama samalah kita...meletakan diri kita pada tempat yang mana kita akan kurang rasa kecewa yakni tempat yang mana Allah redhai...tempat yg memang tersedia untuk kita manusia yang kecewa kerana manusia itu sendiri...tempat itu----sejadah, quran, puasa, zikir, rakan sejati, buku....marilah...

0 comments:

Post a Comment