awan di langit biru

"kadang putih, kadang kelabu, kadang hitam...sepertimana kehidupan kita di dunia"

bILa....

bila...

aku punya kamu

aku tetap meletakkan lirikan ku pada dia

salahkah aku?

bila

ku beri senyum padamu

melayang minda memikirkan dia

hinakah aku?

bila...

aku bilang cinta padamu

hatiku berdegup untuk dia

berdosakah aku?

bila kini..

hatiku bukan kepunyaanku

dan tidak lagi ku mengerti

rasa yang berbaur di dalamnya

biar saja...kubiar saja

masa mengubah segala

just when i thought i...........

dulu
kini......
dan tak ku tahu kemudian hari
masih ada sesuatu untuk kamu
dari hati yang nyatanya keliru
untuk cinta yang dipunyai
dan cinta yang tak memberi...
biar dipendam...
kerna ada dia untuk aku
dan mungkin akan ada dia untuk kamu
moga kamu...
kan bahagia selalu
...................................

kawan dan 'kawan'

kawan datang membantu
tanpa ada sebaris kata mengungkit
'kawan' datang bila perlu
tolong sedikit bicaranya membukit...
kawan berkongsi suka dan duka
tak kira dekat jauh jarak kita
'kawan' cuma berkongsi ketawa
sebentar berlalu dan dia terus lupa
kawan sifatnya satu
tetap begitu biarpun beralihnya waktu
'kawan' topengnya seribu
entah mana tulen mana yang palsu

syukur...aku selamat

assalamualaikum dan salam mesra


adala satu hari tu, kalau tak silap hari selasa...
aku ter'eksiden' kat depan gimnasium

kejadiannya macam ni..
aku nak blaja bawa keta..so, aku pusing la satu parking area kat astaka
punyala konfiden aku time tu...
pastu kawan aku tanya, 'ko brani tak bawak keta ni balik asrama?'
then, aku jawab, 'brani!'(konfiden la katakan)
tiba kat selekoh nak ke main road institut, da member sorang bawak VIVA
apa lagi...kami yang dlm keta tu pun jerit2 panggil nama dia
aku pulak dah lupa dah yang aku sedang pegang stereng keta...
aku pusing stereng tu sampai habis ooooo...
tersangkutla keta tu kat tepi longkang
memang cemas sgt la time tu
aku dah tak pikir panjang lagi..
dengan berkaki ayam, aku trus keluar dari kereta...
badan kereta tu memang setengah dah kt longkang..
kalau lambat sikit kuar ari tu, memang dah masuk dlm longkangla alamatnya

tapi aku memang bersyukur sgt2...takde yang cedera
nasib baik aku tak bawak laju
and, alhamdulillah jugak bab byk sangat yg tolong angkat keta ari tu

aku cuma terkilan sikitla sebab ada org yang mmpersenda hal aku eksiden tu
ni hal hidup mati...kalaula ditakdirkan kami cedera teruk ataupun mati haritu...mampukah korang tersenyum dah ketawa lagi...???

manusia kan?memang begitu...

taknak emo2 lagila..hehe
yg penting sekarang, aku x takut nak blaja bawak keta lagi..Alhamdulillah
n aku kan lbih berhati2...insya Allah

bebday....

assalamualaikum dan salam bahagia

hari ni adalah hari lahirku
alhamdulillah...masuk 21 tahun aku melihat dunia

hari ni, ramai gak kwn2 yg ucap bebday..
terima kasih pd mrka yang ingat tu...
rasa bermakna sangat bab sekali setahun je...

azam hari lahir kali ni nak jadi lebih baik
moga2 dipermudahkan Allah jalan ku
dipermudahkan Allah setiap pekerjaan ku

satu lagi, aku ingin, jgnla aku selalu berharap pd manusia
jgnla aku terlalu bgntung kpd manusia
semoga Tuhan membantuku dan memberi perlindungan kepadaku
alhamdulillah atas kurniaan usia ini tuhan...
hanya pada-Mu aku berserah dan hanya pada-Mu aku memohon pertolongan
amin ya rabbal alamin

kerana kita manusia yang punya hati

assalamualaikum dan salam mesra

lama jugak ku perhatikan sekeliling
melihat ragam dan ekspresi insan2 sekelilingku
dan aku melihat ke dalam diriku sendiri
adakah aku ini cukup mengerti perihal diriku sendiri
ku sedar akalku sering bertelagah dengan hatiku
aku mahu menjadi positif tetapi hatiku sering sakit
aku memaksa diriku
dan aku masih tak mengenal hatiku

kerana kita punya hati
sayang...
rindu...
marah...
benci...
kecewa...
bahagia...
itu ada
kerana kita manusia yang punya hati
wajah mampu berseri
bibir bisa tersenyum
dan...
mata sering menangis
kerana kita punya hati
harapan tinggi, setinggi gunung
lalu rebah menyapu bumi


ya...aku tahu mungkin ada yang tidak mengerti
tetapi di sini, aku ingin berkongsi
perasaan kita manusia memang sukar untuk digambarkan
sehinggakan kita sendiri tidak mampu meluahkan sebaiknya apa yang ada di dalam hati
mungkin ada yang seperti aku...memendam dan meluah hanya pada penulisan
mungkin ada yang seperti aku...
pura-pura kuat umpama tugu
mungkin ada yang seperti aku...
cuba jadi positif...tapi masih jua berharap kemungkinan yang baik...

jadi..jika ada yang seperti aku itu...
sama samalah kita...meletakan diri kita pada tempat yang mana kita akan kurang rasa kecewa yakni tempat yang mana Allah redhai...tempat yg memang tersedia untuk kita manusia yang kecewa kerana manusia itu sendiri...tempat itu----sejadah, quran, puasa, zikir, rakan sejati, buku....marilah...

hati yang sayu...

assalamualaikum dan salam mesra...



sampaikan salam

buat semua

salam terakhir

salam teristimewa

kepada kau yang tersayang

pada teman yang kukenang

pemergianku ini tak dirancang

usah bertanya

mengapa aku

mengucap salam

terakhir kepadamu

kerna waktu berputaran

bimbang tak berkesempatan

melahirkan kerinduan kepadamu


salam terakhir - allahyarham sudirman



tiba-tiba je teringat lagu ni. lalu hati rasa sayu sangat...tak tahu kenapa???
kadang2 teringat kematian buat aku insaf...huhuhuhu
masih banyak yang ku plu cari utk jd bekalan akhirat kelak
ku sedar ckit benar amalan kt dunia ni...
sedikit sangat
ku nak cuba lagi baiki diri...cuba dan mencuba lagi
biar kurang rasa gentar menghadapi mati